Saturday, 7 December 2019

Senarai Ah Long...

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Mengejutkan!!!

Kami menerima satu email yang agak mengejutkan daripada En. Khairul di Petaling Jaya mengenai aktiviti Ah Long yang mana beliau adalah seorang mangsa mereka.

Disertakan juga nombor telefon Ah Long tersebut dan juga gambar profile mereka. (Kami tidak dapat mengesahkan yang gambar-gambar ini adalah gambar sebenar Ah Long tersebut). 

Berikut merupakan Salinan email, screenshot email dan juga gambar profile mereka seperti yang telah dikirimkan oleh pengirim.

Bantu kami menyebarkan maklumat ini dan seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya Ah Long.

Salam/Hi,

Nama sy Khairul. Menetap di Petaling Jaya sekarang ini.

Sy terjumpa web dan fb tuan berkenaan Along. Sy nak share pengalaman sy mengenai along.

Sy pernah terjebak dan jadi peminjam along. Sy kongsi pengalaman sy disini, harap tuan dapat merahsiakan maklumat sy. 

Akibat masalah kewangan, sy terjebak dengan along yang menawarkan pinjaman dengan interest sebanyak 10% sebulan. Setelah beberapa bulan, along mula menukar perjanjian sehingga meminta 25% yg harus dibayar dalam masa seminggu!!! 

Akibat daripada itu, sy terpaksa meminjam dari along yg lain sehinggalah saya berhutang hampir 20k iaitu interest dibayar adalah 5k seminggu!!!

Disini sy kongsikan beberapa nombor along dan juga gambar profile whatsapp mereka yg mereka gunakan.

Tujuan pendedahan ini dibuat adalah untuk memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak terjebak dalam pinjaman along.











No comments:

Post a Comment